Sunday, November 28, 2010

tiada lagi UNGKAPAN itu....

@GajoTNT Deviantart

sedih...ya memang sedih
mengapa tiada lagi ungkapan itu untuk aku??

lupakah??
atau aku sudah tidak layak lagi mendengar ungkapan itu??

aku yakin,dikau memberikan aku ungkapan itu kerna dikau yakin
yakin pada aku tidak sama dengan mereka yang lain
dikau menaruh harapan kepada aku
juga memberi harapan kepada aku

yaa,aku tahu
aku kekadang tidak bisa menunaikannya
aku kekadang terlupa memenuhinya

yaa,aku sedar itu silap aku
tapi...

aku menagih ungkapan itu
aku kepingingan dengan suara pintamu

aku hampir menangis setiap kali mengenangkan hal ini
aku menangis kerana aku kira dikau sudah hilang percaya pada aku ini
aku menangis kerana percaya aku sudah tidak sebaik dulu
aku menangis kerana aku ingat aku sering melupakan permintaanmu itu

maafkanlah daku
ampunilah dosa anakmu ini
aku bukan lagi seperti dulu

mungkin dulu
aku naif
aku patuh
aku nampak suci

namun  kini
bukan lagi hak aku untuk dipinta
ampunilah dosaku
ampunilah.....



~ata~




Wednesday, November 24, 2010

Optimis dan Berstrategi: Syarat Lengkap Sebuah Kemenangan

@Dinosaurio-Allie Deviantart
Sesebuah gerakan yang mempunyai misi dan visi yang besar serta benar,maka sedar dan insaflah betapa misi dan visi itu hanya akan tercapai apabila pra-syarat kepada pencapaian itu dipenuhi oleh pendokong gerakan tersebut terutamanya. Dengan kesedaran inilah akan tercetusnya sebuah gerakan dari dalam hati setiap ahli dan pendokong gerakan untuk mengembleng seluruh tenaga dan upaya mereka dalam menjayakan dan memenuhi pra-syarat untuk mencapai visi dan misi gerakan tersebut.

Perbincangan demi perbincangan dan perbahasan demi perbahasan dilakukan semata-mata mahu mendapatkan keputusan dan strategi yang benar-benar mantap dalam menjayakan visi dan misi gerakan tetapi malangnya, dalam pada masa yang sama ahli dan pendokong gerakan gagal untuk menginsafi tentang pra-syarat kepada keberjayaan segala strategi dan hala tuju gerakan tersebut. Maksud saya, kegagalan ini adalah terbahagi kepada dua iaitu kegagalan atas kapasisti individu dan juga kegagalan dalam bentuk kolektif dalam sesebuah gerakan.

Di sini pertamanya, saya lebih suka untuk menjurus kepada persoalan tentang pra-syarat kemenangan yang harus diisi di atas kapasiti individu. Untuk berbicara dengan lebih lanjut mengenai pra-syarat yang wajib dipenuhi oleh setiap ahli gerakan dalam menggapai kemenangan yang dijanjikan ALLAH, marilah kita sama-sama menghayati video ucapan Presiden PAS,Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menyentuh secara khusus mengenai keperibadian yang sepatutnya ada pada setiap ahli gerakan.


Itu adalah pra-syarat individu, bukan lagi berbicara soal solidariti, optimisme dan tekad sesebuah gerakan. Hal ini kerana tanpa adanya faktor kedua itu, mana mungkin sesebuah gerakan mampu merangka dan menggerakkan sesuatu kemenangan. Sebab itu, saya mengutarakan dalam artikel ini mengenai sebuah gesaan tentang peri pentingnya kita bersikap optimis terutama dalam menyampaikan idea dan melaksanakan idea yang disampaikan. Harus diingat bahawa,setiap keputusan yang diambil bukanlah atas kapasiti individu tetapi itu adalah keputusan bersama dan perkara ini seharusnya menjadi teras keyakinan kepada kita untuk merasa optimis terhadap keputusan yang diambil.

Soal komitmen dan kemampuan, hal itu sepatutnya kita selesaikan sebelum kita berbincang dan mengambil keputusan. Mengapa saya berpendapat sedemikian?

Seharusnya kita ingat bahawa tujuan berbincang atau berbahas bukan untuk menunjukkan siapa yang hebat dan cekap tetapi adalah sebuah medan untuk kita bermuhasabah dan mengatur langkah demi perjalanan gerakan untuk fasa yang seterusnya. Oleh itu, secara tidak lansung kita akan merasa kebertanggungjawaban terhadap idea dan cadangan yang kita lontarkan sesuai dengan keupayaan dan komitmen yang kita ada. Disebabkan faktor inilah saya mengatakan bahawa jika kita masih lagi mempersoalkan tentang kemampuan atau komitmen ahli gerakan, ternyata kita telah melakukan sesuatu keputusan yang tergantung dan tidak menjejak pada bumi yang nyata. Itu silap konsepnya.

Oleh itu, seharusnya kita OPTIMIS terhadap setiap keputusan yang diambil secara bersama dan merasakan beban tanggungjawab untuk melaksanakan keputusa itu dengan penuh amanah. Namun,optimis sahaja tidak mencukupi dan tidak berupaya untuk berdiri dengan sendiri. Keputusan itu mestilah bersifat matang dan realistik dengan kata lain,keputusan itu mestilah penuh dengan STRATEGI untuk mencapainya.

Formula S.M.A.R.T adalah tepat dalam menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan keputusan yang berstrategi.S.M.A.R.T adalah:

[Specific]-keputusan yang diambil sewajibnya spesifik dan menjurus pada matlamat yang hendak dicapai dan juga hal yang bersifat teknikal seperti masa, tempat, tarikh dan sebagainya.

[Measurable]-keputusan yang diambil seharusnya setaraf dengan kemampuan yang kita mampu sediakan dan ini berkait rapat dengan  faktor sumber manusia dalam sesebuah gerakan. Dalam kriteria ini, key performance index (kpi) menjadi rujukan kepada tahap keberjayaan sesuatu keputusan tersebut.

[Achievable]-keputusan itu seharusnya kita mampu mengagak pencapaian terakhir setelah keputusan itu dilaksanakan dan kesanya terhadap keseluruhan pergerakan organisasi kita.

[Realistic]-sumber manusia, keterbatasan perundangan ,beban dan tanggungjawab yang lain seharusnya diambil kira dalam melaksanakan strategi tersebut.

[Time]-strategi tersebut seharusnya berada tepat pada masa yang sesuai dan bertindak dalam ruang lingkup yang ditetapkan oleh organisasi atau gerakan.

Faktor-faktor common dalam bertindak dan merencana juga seharusnya tidak diabaikan seperti pengurusan masa, kesanggupan untuk berkorban, kefahaman yang jitu dan pelbagai lagi faktor kebiasaan dalam amalan pengurusan.

Itulah lontaran saya dalam hal ini dan amat mengharapkan agar lontaran ini akan menjadi nasihat yang berguna kepada sang penulis sendiri dan turut memberi sedikit manfaat kepada seluruh rakan-rakan pembaca blog kecil ini. Sekali lagi saya tegaskan, saya hanyalah seorang penyampai dan amat mengharapkan keampunan daripada Tuhan Yang Esa jika ada sebarang salah dan silap dalam lontaran idea ini.

Permintaan saya, jika ada sebarang cadangan dan pembetulan sahabat-sahabat boleh lontarkan di bahagian ruangan komen.

Saturday, November 13, 2010

Kemaslahatan Gerakan: Menjengah Kekusutan Dengan Perbincangan

@gaythought.deviantart
Alhamdulillah,sesi pertama "perbincangan" sudah selesai dengan memperlihatkan penumpuan pada aspek-aspek asas atau fundamental dalam sesebuah gerakan atau organisasi terutama dengan penekanan dalam aspek pengurusan organisasi,konsep bekerja secara berkumpulan yang teratur serta sistematik dan strategi pra-syarat kemenangan dan keunggulan gerakan.

Kita semuanya akan bermula dengan kusut dan serabut kerana kita sedar bahawa kita tiada peneman yang sudi menguraikan kekusutan itu.Oleh itu,dengan pertemuan dan perbincangan secara matang dan masak inilah mampu membantu ke arah membuka segala ikatan-ikatan yang bersimpul itu.Mencetuskan penumpuan pada aspek-aspek yang kritikal sebenarnya mampu menyedarkan diri kita sebagai salah seorang ahli dalam sesebuah organisasi itu secara tidak lansung.Maka pada pendapat saya,menjadikan perbincangan ini sebagai satu medan untuk menegur dan mengkritik secara matang dalam segala perkara tidak kira sama ada melibatkan keseluruhan organisasi ataupun atas kapasiti individu adalah langkah terbaik bagi memastikan perancangan dan pelan tindakan yang akan diambil oleh kepimpinan yang baru lebih terarah dan tersusun serta kepimpinan baru dapat belajar daripada mengulangi kesilapan yang sama.

Namun begitu,kritikan dan teguran itu haruslah menjejak pada bumi yang nyata dan bertepatan dengan ruang lingkup perbincangan.Setiap ahli perlu faham akan fungsi mereka untuk bersuara dan WAJIB menggunakan fungsi tersebut untuk menjamin kemaslahatan organisasi dan kelansungan survival akan datang.Mengambil langkah untuk berdiam diri atau suka bersifat menyembunyikan sesuatu daripada meluahkan kepada seluruh ahli yang lain akan mendatangkan masalah kepada pergerakan organisasi dan perancangan pada masa depan.Hal ini perlu diambil berat oleh setiap individu yang menjadi ahli kepada sesebuah gerakan atau oraganisasi teruatamanya apabila mereka bekerja dalam sebuah gerakan yang bersifat kritikal,berstrategi,tersusun dan mempunyai matlamat yang jelas.

Dalam menjana kritikan dan teguran terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan kelemahan atau sikap peribadi sesetengah ahli yang lain seharusnya pada masa yang sama kita harus sedar tentang kewujudan rasa lemah dan hina dalam diri kita yang telah dikurniakan oleh ALLAH SWT kepada kita agar dalam setiap kritikan dan teguran itu adalah dibuat bukan bertujuan untuk menghina sesiapa atau menjatuhkan air muka ahli yang lain.Di sinilah indahnya Islam mengajar kita bagaimana mahu menguruskan sesebuah organisasi dengan cemerlang tidak kira di mana sahaja posisi kita dalam sesebuah organisasi itu.

Agama kita telah mengajar diri kita tentang tiadanya nilai kita di sisi ALLAH jika tanpa iman dan taqwa dalam hati kita.Maka,beringatlah selalu betapa kesilapan ahli yang lain itu sepatutnya bukan dijadikan sebagai bahan gurauan atau sendaan semata tetapi selayaknya kita sendiri merasakan kebertanggungjawaban terhadap kelemahan dan kekurangan yang ada pada ahli tersebut dalam  menguruskan organisasi dengan cuba meletakkan diri kita pada posisi mereka itu.Saya percaya,dengan berusaha untuk merasai kesilapan dan kelemahan ahli yang melakukan kesalahan itu akan mampu memberi satu teguran kepada diri sendiri agar kita berwaspada agar kesilapan dan kelemahan itu tidak akan berulang lagi.

Maka secara tidak lansung,segala teguran dan kritikan yang kita lontarkan itu akan turut menjadi satu peringatan dan muhasabah untuk diri sendiri.Kritikan dan teguran itu bukan hanya berlalu sebagai sebuah kritikan dan teguran yang bersifat menghentam semata-mata tetapi turut menjadi intipati kepada peringatan untuk ahli-ahli yang lain.Saya melihat dari pemerhatian selama ini,seringkali setiap kali lontaran kritikan dibuat ianya tidak lebih daripada sekadar bersifat menghiburkan hati atau melepaskan geram atau mungkin bertujuan menjatuhkan moral ahli yang lain.Maafkan saya jika ada yang terasa dengan penulisan ini tetapi inilah luahan dan nasihat daripada saya untuk diri saya sendir dan juga sesiapa sahaja yang membaca artikel ini.

Dalam erti kata yang mudah,kita gagal menyerapkan semangat MEMBINA sesama ahli dalam gerakan atau organisasi kita.Walaubagaimanapun,tulisan ini bukanlah bererti kita tidak boleh mengkritik atau menegur sesiapa dalam organisasi kita tetapi berpada-padalah dan ingatkanlah diri kita tentang perkara yang sama,saya yakin natijahnya akan menjadi lebih positif.

Terma "komunikasi" akan menjadi aspek terpenting dalam situasi sebegini.Percayalah bahawa Islam itu syumul,maka sudah tentu Islam telah menggariskan panduan yang jelas dalam kita menggunakan nikmat "komunikasi" ini.Allah berfirman dalam Quran,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
(Surah aL-Hujurat:12)

Ya,jauhilah sangkaan yang bukan-bukan kerana kita bimbang sangkaan itu DOSA buat kita.Seterusnya dalam ayat di atas,ALLAH menegaskan kepada kita dalam berkomunikasi,janganlah sesekali kita mencari-cari kesalahan orang lain.Inila satu sifat yang ada pada diri kita yang begitu sukar untuk dibuang iaitu sifat suka melihat orang lain jatuh.Inilah etika dan garis panduan yang pertama ditetapkan oleh ALLAH tentang ilmu komunikasi ini.Seterusnya,hamparkan sutera HIKMAH dalam kritikan dan teguran kita sebagaimana ALLAH berfirman,

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah aL-Nahl:125)

Mana mungkin sesebuah organisasi itu tiada berlakunya pertembungan pendapat dan kritikan.Oleh itu,hamparan sutera HIKMAH ini adalah ubat kepada penyakit komunikasi ini insya ALLAH.Tujuan utama kita duduk berbincang dan berlaga pandapat adalah untuk menjengah segala kekusutan yang dialami oleh gerakan atau organisasi kita.Jika kesudahannya adalah bersifat negatif,maka bermuahasabahlah kembali agar pulangnya kita daripada perbincangan itu dengan hati yang lapang dan yang paling penting perbincangan itu berjaya meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kita kepada ALLAH SWT.

Saya amat berharap agar lontaran kecil ini dapat membuka sedikit ruang kepada kritikan dan teguran yang bakal kita lontarkan kelak pada pertemuan akan datang untuk mengenal erti matang dan malu kepada diri sendiri.Sesungguhnya saya cuma menyampaikan dan sewajibnya kita beriman betapa tiada upaya dan kudrat melainkan pemilik cakerawala ini,Rabbul Izzati.Maka,saya menyampaikan hal ini hanya kerana-Mu ya ALLAH.




ATA,
berbincang untuk mencari redha Ilahi..

nak laptop free??
jom klik...


Monday, November 08, 2010

Scott Pilgrim vs The World : Mana mungkin mahukan KEMENANGAN tanpa PENGORBANAN

@facebook Scott Pilgrim vs The World
wahooo,ternyata filem ini bukan hanya sekadar komedi yang sia-sia semata tetapi turut menyajikan beberapa nilai positif yang boleh diambil untuk dijadikan pengajaran.tetapi aku tak menafikan tentang bahagian negatifnya namun berpadalah untuk aku mengatakan bahawa nilai PENGORBANAN itu telah menggamit aku untuk berkongsi tentang filem komedi ini dalam blog kecil ini.

Scott Pilgrim yang mahu menjadikan si gadis berambut ungu,Ramona Flowers sebagai kekasihnya terpaksa berdepan dengan 7 orang bekas kekasih Ramona Flowers sebelum dia sah menjadi kekasih kepada gadis tersebut.Scott begitu bertuah kerana memiliki seorang adik yang cukup mengambil berat tentang dirinya dalam segala hal.kesabaran Scott dalam menghadapi setiap cabaran dan perlawanan dengan ex-gadis itu menyebabkan akhirnya dia telah mendapat balasan setimpal dengan usahanya.

jom usha trailer filem ini.fakta menarik filem ini ialah perjalanan ceritanya tak ubah seperti dalam sebuah permainan komputer dengan penggunaan grafik yang cukup "top".jom tonton.


ni dia gambar gadis UNGU yang menjadi kegilaan Scott Pilgrim.

@facebook Scott Pilgrim vs The World
comel tak??
psssstt,lagha-lagha....

mungkin ini adalah satu-satunya alasan konkrit kenapa ANDA perlu menonton filem ini iaitu bagaiman kesanggupan kita untuk menempuh segala CABARAN dan KESUSAHAN demi menggapai sebuah KEMENANGAN.sejarah menceritakan bukan sedikit penat lelah dan air mata darah yang tumpah oleh mana-mana pejuang demi memperjuangkan hak dan apa yang dirasakan betul oleh mereka.

diingatkan,dalam filem ini terdapat beberapa "scenes" yang agak keterlaluan dan tidak sesuai kepada iman kita!!!





ATA,
terasa tak thiqah lansung buat entri ini....

Tuesday, November 02, 2010

Pelan Transformasi Ekonomi: Kalaulah Hang Tuah Masih Hidup Ketika Ini

@malaysiakini
Pernahkah Malaysia ini dicop sebagai negara bangsa yang bertamadun?

Mungkin ramai yang tidak senang dengan kenyataan ini aku kira kerana ramai yang masih lagi mengagumi kepelbagaian kemajuan kononya yang dibawa serta dicipta di zaman Che Det berkuasa dulu. Maka ramai meletakkan bahawa itulah ketamadunan Malaysia dan tanda kemegahan selamanya dalam helaian buku teks sejarah di sekolah-sekolah menengah.

Aku tidak pernah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang bertamadun. Kerana pemimpin Malaysia dari dulu hingga sekarang telah berhutang satu perkara yang begitu besar untuk dijawab di hadapan ALLAH kelak di Padang Mahsyar. Persoalan tentang penghinaan terhadap agama ALLAH selama separuh abad lebih walaupun mereka yang memegang tampuk pemerintahan adalah terdiri rata-rata daripada mereka yang masih mengaku ALLAH itu tuhan mereka dan Muhammad SAW sebagai pesuruh-Nya.

Maka di mana "bertamadunnya" Malaysia ini jika persoalan penghinaan terhadap akidah sendiri tidak pernah selesai?

Jika sekadar berjaya membina Menara Berkembar PETRONAS, Jambatan Pulau Pinang, PROTON dan segala bagai lagi sudah dikira sebagai sebuah negara yang bertamadun, sudah tentu begitu banyak tamadun yang wujud di dunia dengan begitu senang. Sebuah tamadun yang berdiri hanya cuma pada pandangan lahiriah dan material semata maka tunggulah kehancurannya tidak lama lagi.

Usahlah marah jika aku mengatakan bahawa kita masih lagi berada dalam sebuah masyarakat yang dijeruk dengan kehaprakan sebuah angan-angan moden segelintir pemimpin sekular. Bermula dari dulu sehingga sekarang. Kita telah dipimpin oleh sebarisan pemimpin yang menjadi pewaris kepada sistem penjajahan kolonial barat dengan membenarkan segala tingkah laku penjajah terus menjadi resmi dalam pembentukan corak pemerintahan mereka.

Bermula 31 Ogos 1957 sehingga sekarang, Malaysia akan terus menangis merindui sebuah kepimpinan yang bebas daripada penjajahan barat. Aku berani mengatakan bahawa merekalah penjajah Malaysia yang kini sedang enak menjajah negara yang kita cintai ini.

Ayuh, KITA UBAH!!!

Kini, air mata ketamadunan Malaysia makin lebat gugur ke bumi pertualang ini.

"tak kan melayu hilang di dunia"

Aku seakan mendengar jeritan penuh semangat Laksamana Hang Tuah 500 tahun yang dulu itu. Kalau lah Hang Tuah masih lagi hidup pada saat ini, sudah tentu Taming Sarinya sudah bergetar mahu menerobek perut-perut sang penguasa Malaysia pada hari ini yang begitu rakus memusnahkan bangsa Melayu dengan tangan mereka sendiri.

SUDAH TENTU!!!

Terbaru, Pelan Transformasi Ekonomi merupakan satu lagi titik tolak kepada lenyapnya ketamadunan Malaysia sedikit masa lagi. Bukan aku mendoakan sebegitu tetapi sejarah dunia telah pun membuktikan segalanya.

Lihat sahaja kemegahan dan kekuasaan Tamadun Rom di bawah kekuasaan Julius Cesar lenyap hanya kerana mereka menolak kewujudan ALLAH dalam pemerintahan mereka. Hancurnya beberapa tamadun besar lain adalah kerana mereka gagal meletakkan ALLAH dalam perancangan kekuasaan mereka.

GAGAL bererti menuju KEHANCURAN sambil bertasbih menunggu BALA!

Aku bukannya mengharapkan sedemikian tetapi aku mengungkapkan amaran yang tercatat dalam lipatan sejarah dunia. Mahukan kita menjadi seperti itu?

Aku malas nak mengulas tentang ETP ini kerana ianya seolah-olah aku mengulas tentang sebuah epik kejahilan seorang pemimpin negara. Aku bukanlah seorang pengulas atau pengkritik sastera dan epik moden tetapi aku cuma ingin berkongsi sebuah nasihat agar kita berhati-hati dan bertindak untuk menghapuskan epik kejahilan ini daripada terus menguasai masyarakat Malaysai sehingga menyebabkan lenyapnya sebuah bangsa yang bernama Malaysia di dunia ini.

Nak muntah bila mendengar ucapan perasmian agung UMNO yang lepas, bilamana Najib menyebut "demi Islam, demi bangsa, demi negara" kemudian selepas tamatnya sidang raja lawak itu, dengan bangganya Najib mengumunkan pelancaran ETP yang di dalamnya terkandung bermacam perisa yang mampu melenyapkan ketamadunan Malaysia selamanya.

Wahhh,demi Islam tuuu.....

Semangatnya seperti Salahuddin aL-Ayubi ketika mahu menawan Kota Baitul Maqdis dalam Perang Salib. Jangan main-main. Tapi, lagi bagus kalau Hang Tuah masih hidup lagi saat ini. Boleh la Hang Tuah mendengar ucapan ini sambil mengasah keris Taming Sarinya bagi lebih ampuh dan tajam.

Apa lagi, sudah tiba masanya untuk kita berubah. Time To Change!!!

Jom baca artikel yang mampu menjadi ubat kuat untuk melawan BN/UMNO dulu, kini dan selamanya:


Dah habis baca?

Tentu kalian bersetuju dengan apa yang aku utarakan di atas.

Matlamat kita cuma satu, meletakkan aL-Quran dan Sunnah sebagai perlembagaan utama di Malaysia. Ameen.




ATA,
Kau berilah hidayah kepada kami ya ALLAH...

nak laptop free??
jom klik...


Stop 114A Campaign