Friday, October 29, 2010

Keluarga Mahkota Buana

alhamdulillah,progresnya lancar....kini sudah hampir 40% kekemasan gerak kerja....kerjasama antara Jawatan Kuasa Utama Karnival Islam Intelek Globalisasi 1M (INTEG) UKM dengan Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan Malaysia untuk mementaskan sebuah teater muzikal di Panggung Seni UKM hampir menjadi kenyataan....pertemuan kedua petang tadi telah menerbitkan rasa syukur yang teramat kepada diri aku yang begitu teruja mahu melihat kerjasama ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin...

kami di peringkat Jawatan Kuasa Utama Karnival Islam INTEG amat menyedari akan kepentingan untuk kita memanfaatkan medium teater demi kelansungan dakwah di mana-mana sahaja dalam kalangan masyarakar masa kini....sayang jika peluang ini kami gagal manfaatkan kerana minat masyarakat kini terutamanya golongan muda ialah hiburan...maka,kami berazam mahu menggunakan platform teater untuk menyampaikan mesej dakwah dan nilai-nilai islam yang diajar oleh Rasulullah SAW...

teater muzikal yang akan dipentaskan di UKM nanti bertajuk "Mahkota Buana" dan dilakonkan oleh barisan pelakon kanak-kanak di bawah seliaan pihak Bingkas Kebayan....teater yang mengisahkan bagaimana sebuah Kerajaan Kesultanan Melayu di Selat Melaka yang mahu mempertahankan kedaulatan mereka daripada serangan kumpulan jahat...dan menariknya,pihak Bingkas Kebayan mahu memberi peluang seluas-luasnya kepada mahasiswa UKM yang berminat untuk sama-sama menjayakan pementasan teater muzikal ini.....

oleh itu,kami sendiri menjemput sahabat-sahabat yang berminat untuk terlibat dalam beberapa bahagian untuk pementasan teater muzikal ini iaitu:

  • sesiapa yang berminat untuk membuat set atau probe terutamanya pelajar architecture
  • sesiapa yang mahir dalam bidang multimedia,animasi dan grafik terutamanya pelajar FTSM
  • sesiapa yang berminat atau mahir dalam perekaan suasana terutamanya pelajar Kimia untuk mencipta asap dan awan
  • sesiapa yang berminat untuk menjadi pelakon dan berlakon bersama-sama pelakon Bingkas Kebayan
  • sesiapa yang berminat untuk terlibat dalam pengurusan pentas (stage management) dan urusetia teater
  • sesiapa yang berminat untuk terlibat sebagai "backstage man" 

untuk stage management,berlakon dan backstage,kelas latihan akan disediakan oleh pihak Bingkas Kebayan secara percuma dan akan dikendalikan oleh mereka yang telah terlibat dalam pengurusan teater secara professional dan sepenuh masa.....jom sama-sama rebut peluang ini..

kepada yang berminat,boleh menghubungi,

  • ata (Ketua Pengarah Karnival Islam)-013 2968738
  • nural'ain (Penyelaras Teater Muzikal Mahkota Buana)-013 4291788

penyertaan ini terbuka kepada sesiapa sahaja selagi bergelar pelajar UKM....tidak hanya tertumpu kepada mereka yang disebut di atas sahaja,tetapi kepada sesiapa yang berminat tidak kira dari fakulti mana sahabat-sahabat berada....

untuk pengetahuan sahabat-sahabat,Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan Malaysia adalah satu-satunya persatuan teater kanak-kanak yang masih lagi "kuat" di Malaysia...kewujudannya adalah semata-mata untuk mengembangkan lagi prospek teater dalam masyarakat Malaysia dan menjadi tempat untuk kanak-kanak Malaysia mengenal kehidupan dan memanfaatkan masa mereka dengan perkara berfaedah...diasaskan oleh Encik Ladin bin Nuawi,seorang penggiat seni yang tidak asing lagi di Malaysia telah berjaya membawa persatuan seni ini untuk mementaskan beberapa teater muzikal di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur,Istana Budaya dan beberapa tempat lagi dengan berasaskan kepada lakonan kanak-kanak...

nak tahu lebih lanjut tentang Persatuan Anjung Seni Bingkas Kebayan Malaysia,sila layari laman rasminya di sini,Bingkas Kebayan Malaysia....

di sini aku kongsikan sedikit gambar-gambar keluarga Mahkota Buana yang bertemu untuk meeting petang tadi...






gambar-gambar ini diambil selepas meeting di cafe FKAB dan Pak Ladin telah belanja kami makan di situ....beessstt!!!

anyway,aku sebagai Ketua Pengarah Karnival Islam amat berharap agar matlamat dan objektif dalam pementasan teater muzikal ini tercapai sekaligus akan dapat membantu melansungkan lagi penyebaran dakwah di perbukitan ilmu UKM....

penghargaan tidak terhingga kami ucapkan kepada Penasihat Utama Karnival Islam,Prof Madya Dr Zaki Nuawi yang juga merupakan adik kepada En Ladin Nuawi yang banyak membantu melancarkan progres kerjasama ini memandangkan kami semua masih dalam suasana peperiksaan akhir semester ini....

aku sendiri teruja...dan kami semua amat teruja untuk berhadapan dengan cabaran yang bakal dihadapi untuk menjayakan pementasan Teater Muzikal Mahkota Buana ini...

moga ALLAH membantu mempermudahkan segalanya kepada kami insya ALLAH....




ATA,
tetiba teringin nak jadi pelakon....

nak laptop free??
jom klik...


Wednesday, October 27, 2010

motivasi JIWA

@Bosniak Deviantart
"wahai jiwa yang tenang,kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai....maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba Ku,dan masuklah ke dalam syurga Ku"
[aL-Fajr:27-30]

-dedikasi khas buat semua sahabat-sahabat seperjuangan-




~ata~
kala jiwa berserabut


nak laptop free??
jom klik...


Monday, October 25, 2010

100-storey Warisan Merdeka Tower is a symbol of Nepotism

wowwww!!!!
Malaysia will be one of the most develop and modern country in this world!!!


hahhhhh!!!!!
what is this Najib???


Mr Najib,i think you are still not a blind man is it??

i am really like to compose here one of the effective habits that stated by Steven R Covey in his book "7 Habits of Highly Effective People" that is,

"put the first thing first"

you should think about that....because there a about 27 millions of Malaysian living outside Wisma Perdana Putra.....

or 100-storey Warisan Merdeka Tower is only for this??


to all my readers,PLEASE "retweet" this articles to Mr Najib at www.twitter.com/najibrazak or share it on Najib Razak's facebook wall....tqvm...


hope we all will unite to against this mega project....




ATA,
such a short entry in this evening....

nak laptop free??
jom klik...


Friday, October 22, 2010

antara MENGEJAR dan DIKEJAR : ingat ALLAH itu penawarnya

@JoseG deviantart
berbicara soal cinta membuatkan aku penasaran kerana aku bukanlah orang yang sesuai untuk bersoal jawab dan berhujah berpolemik dalam lubuk hati dan perasaan ini....bukan apa,kerana sehingga kini aku masih belum dapat merasa apakah itu CINTA yang dicanang oleh kebanyakan rakan aku sejak dari sekolah rendah sehingga ke alam universiti....

pernah teringin untuk mencintai dan dicintai namun apakan daya,nak peluk gunung tangan tak sampai...kata seorang sahabat,kau bertuah kerana ALLAH menyelamatkan kau dari bahana CINTA.....jadi aku terus melayan jiwang single plus bujang sehingga kini dengan hati penuh lara campur sedikit bersyukur...chewahhh....

hmmm,mintak maaf jika pembuka bicara ini agak mengarut tetapi itulah hakikat yang aku lalui selama ini....tujuan aku menulis ini bukan untuk menceritakan perihal diri aku yang tidak pernah merasa nikmat cinta bercinta tetapi untuk berkongsi rasa dengan semua sahabat-sahabat tentang perihal cinta di alam remaja terutamanya....setengah aku jumpa mereka ada yang terlalu MENGEJAR cinta dan ada pula yang DIKEJAR cinta....dan ada pula yang STEADY seperti aku,hahah....

itulah hakikat putaran dan percaturan dunia...masing-masing ada hikmah tersendiri....cuma tinggal kita untuk menilai dan bermuhasabah kembali tentang hakikat itu....semalam,aku berbual dengan seorang sahabat dunia akhirat aku tentang soal cinta....panjang dan lebat...panas dan menggetarkan jiwa....tak perlu aku sebutkan nama dia di sini tetapi cukuplah aku mengaku bahawa aku mahu bersama dia di syurga kelak....itulah sahabat aku yang umpama jika dia merasa kesakitan sebegitu,aku turut merasai kesakitan itu....dan aku cuba menyelami perasaan dia demi mengeluarkan dirinya daripada kemelut jiwa dan perasaan itu...

sungguh,aku bukanlah pakar apatah lagi seorang faqih....tetapi cuma seorang sahabat seakidah....aku katakan pada dia betapa sang pemberi hidayah itu adalah ALLAH...maka,umpama kata seorang pensyarahku,merintihlah pada tuhanmu nescaya akan ada pertolongan buatmu....

dirinya tersepit kerana dia sering DIKEJAR cinta....makin ditolak makin berbondong cinta datang mengejar hatinya....aku kata,wahh bertuahnya kau sahabat....tapi,diri dan jiwanya tidak pernah merasa bertuah kerana diberi peluang sebegitu...lantaran kesan daripada pentarbiyyahan jiwa dan nafsu maka dia merasa amat berdosa dan bersalah....nahhh,terkesima aku di kala dia menyebut bahawa dia amat takut jika kerana nikmat itu dosanya terus bertambah dan bertambah.....

aku pula merasa malu kerana sekurang-kurangnya ingat pada dosa itu menjadi pendinding kepada melakukan dosa yang lebih besar...tapi,aku jarang sekali merasa sebegitu...sekarang aku baru sedar keunikan penciptaan manusia oleh ALLAH SWT di dunia ini....Dia meletakkan sahabat aku dalam situasi DIKEJAR cinta tapi dalam pada masa yang sama dia dikurniakan rasa berdosa yang amat pada Penciptanya....tapi,ada juga mereka yang gagal merasa takut dengan dosa yang diperbuat oleh mereka....bersyukur kerana ALLAH sayangkan kita sebenarnya.....

dia menceritakan pada aku bagaimana dirinya DIKEJAR cinta sejak sekolah rendah lagi...masuk ke alam menengah adegan ini berterusan sehinggakan membawa kepada satu tahap yang kritikal...bukan pada dirinya sahaja,tetapi sesama mereka yang mengejar CINTA sahabat aku ini....terpaksa menjauhkan diri supaya dapat mengelak daripada terjebak dengan lebih jauh lagi...namun,nafsu kekadang mengatasi iman....yaa,itu normal sebagai manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan...

bukan dia yang meminta atau memujuk rayu untuk dicintai oleh sesiapa tetapi ujian ALLAH pada dia telah meletakkan posisinya yang mudah menarik minat orang lain untuk mengejar CINTA nya....katanya lagi,jika kisah pengalamannya itu dibukukan,mungkin sudah terbit sebuah novel yang begitu tebal untuk menggarap kisah hatinya yang senantiasa DIKEJAR cinta....dia bertanyakan pada aku apakah penyelesaiannya yang sepatutnya dia ambil kerana bimbang jika keadaaan ini akan terus menyebabkan dia makin berdosa dan bersalah.....

alhamdulillah,ingat ALLAH itu adalah penawar yang mujarab...jika boleh mengelak,cuba elakkan,tapi bagaimana pula dengan mereka yang berada di sekeliling dia setiap hari setiap waktu...sudah tentu sukar untuk memberi alasan....jadi,ubahlah landskap itu menjadi medan dakwah kita kepada mereka yang cuba ingin mendapatkan CINTA kita...susah memang diakui tetapi sepatutnya kita bersyukur diuji sebegitu kerana ALLAH Maha Mengetahui kenapa Dia meletakkan kita dalam situasi sebegitu...

namun,berbeza pula dengan situasi mereka yang terlampau MENGEJAR cinta...percakapan seharian mesti akan berkait rapat dengan situasi yang mereka alami itu...kekadang rasa kasihan menjengah diri melihat beberapa orang sahabat-sahabat yang terlalu MENGEJAR cinta....kerana perasaan dan keterujaan itu menyebabkan mereka mudah mendekati perkara yang tidak sepatutnya....malah kekadang cuba mencari dalil bagi menghalalkan perbuatan mereka itu.....aku tidak tujukan pada sesiapa penulisan ini tetapi jika ada sahabat-sahabat terasa,ambillah iktibar....

seperti sahabat aku di atas yang hidupnya sentiasa DIKEJAR cinta,begitu juga nasihat aku pada mereka yang terlalu asyik MENGEJAR cinta ini iaitu ingatlah ALLAH...sungguh,ini adalah penawar yang paling mujarab yang mampu mencegah diri kita daripada melakukan perkara-perkara yang menghampiri zina terutamanya....

untuk aku mengatakan cukup-cukuplah itu wahai sahabatku,mungkin agak berat untuk mereka tetapi ambillah peringatan ini...supaya setiap langkah kita itu masih lagi dapat menahan hasutan syaitan laknatullah....bukan bermaksud aku menggalakkan kalian untuk terus MENGEJAR cinta tetapi jikalau kalian memang tidak mampu lari daripada polemik itu,beringatlah senantiasa pada sang Pencipta...

teringat kata-kata sahabat aku yang hatinya sentiasa DIKEJAR cinta apabila dia melihat kawan-kawannya yang sibuk MENGEJAR cinta,

"bodohnya kalian kerana tidak mengetahui betapa merananya kalian jika memiliki cinta yang direka-reka itu"

yaa,aku dan sahabat aku itu mengakui bahawa CINTA itu tidak haram dan BERCINTA pun tidak haram tetapi perlulah dengan syarat dan kondisinya....nak tau bagaimana mahu menjadikan CINTA itu halal,sila baca artikel Cinta:HALAL atau HARAM?? ini...

akhirnya,perbualan kami pada malam itu berakhir dengan satu kesimpulan,betapa hanya kerana rasa takutkan ALLAH sahaja mampu menyelamatkan diri kita daripada terjerumus ke dalam perangkap syaitan...terutamanya lelaki di aman ALLAH sendiri telah menyebut dalam aL-Quran bahawa ujian untuk kaum Adam yang terbesar ialah makhluk yang dicipta dari tulung rusuk mereka sendiri.....

buat sahabat aku yang sudi berkongsi rasa hati ini kepada aku tentang kisah hidupnya,aku mendoakan agar dia terus mampu teguh melawan hasutan dan takut pada Dia yang memerhatikan kita setiap tika dan waktu....ameen....




ATA,
ingat ALLAH adalah penawab sejati...

nak laptop free??
jom klik...


Thursday, October 21, 2010

Lifelong Learning

@andreimogan deviantart

people come,go and part
some,leave a deep mark on your heart

each human we meet,is a part of his grand design
each meeting has it own purpose,a purpose divine

a lesson to be learnt,from each encounter,however brief
be it a holy man,a true friend or even a thief

our life is a long learning process
we learn from each of joy or duress

and thus forms our character,our soul,our very essence
life is a long class,made of many such lessons

from the time we are born and as we grow
our experiences mould our psyche,that we do know

some factor can't be help,some we can improve upon
absorb only the good and the right,let evil be begone


a child is so innocent when he is born
radiant,beautiful,like the new dawn

untouched,unaware,pure and essentially good
let him develop as God willed it,as he should

no prejudices,no hate,love for all fellow man
why discrimination of caste,colour or race then??

we all love hate,cry and eat and breathe the same
then whats in the country,the cage,the religion or the name??

we all will die and go to the same dust
so lets live a fair life as we must

death is the only reality,the greatest truth
so let conquering our ego,mark the final pursuit

this life is a precious gift from God to us
so as he wants us to,lets live it.....thus


nota TTC:ini adalah sebuah sajak kegemaran aku sejak sekian lama...kerana di dalamnya terkandung ribuan makna emas jika kita menghayatinya....aku dedikasikan sajak ini kepada semua sahabat-sahabat sekuliah dengan aku terutamanya dan juga kepada semua pembaca blog picisan ini....moga kita semua mendapat rahmat dan hidayah ALLAH senantiasa...kerana kehidupan ini adalah kelas pembelajaran kita semua....



ATA,
jom hayati maksud sajak di atas....

nak laptop free??
jom klik..


Wednesday, October 20, 2010

Catatan Ustaz Ridhuan Mohd Nor : Pengalaman Menentang Hedonisme di Kampus

@ustaz ridhuan mohd nor
Sketsa 1


ratusan konsert telah kita tentang,ratusan memo telah dihantar,ratusan sidang akhbar telah kita galang,ratusan ribu risalah telah kita edar,ratusan kali kita mengucur peluh dijalanan berlari diamuk keparat keamanan bertopi merah...MEREKA TETAP TIDAK PEDULI...MEREKA BUTA HATI...MEREKA MANGKUK...MEREKA bersurah "morality cannot be legislated"

apa lagi bahasa kita untuk mereka teman....hati kita tertusuk sembilu....berdada dgn Abdul Uzza versi moden,Umar bin Hisyam kontemporari...kadang kita lelah terhambat dgn tugasan kehidupan...ada mulut yang ingin kita suap....ayuh anak muda bersama DPPP untuk perubahan negara tercinta....selamatkan tanah leluhur ini dgn peringatan dari langit....

menentang hedonisme ada galur sejarahnya di watan kita...nanti kawan aku ceritakan padamu petualangan anak kampus menghambat maksiat dan mungkar....saat aku masih diselimuti "the young angry man"....M.Nasir dan ramai lagi mangsa anak kampus janggut sejemput....hari ini,kau lihatlah adik-adikku yang menjenamakan mereka sebagai GAMIS...aku kepingin melihat onar mereka...

"Allahu Akbar.....batalkan konsert....Allahu Akbar......hidup Islam....batalkan konsert.."

dengungan dan pekikan takbir dan slogan bersilih ganti...siswa dan siswi Islam semakin membesar jumlahnya di hadapan Foyer Perdana Siswa....malam itu yang saya lupa tarikhnya berlaku dalam tahun 1994....kami anak kampus UM yang bergabung dgn teman-teman dari UIA....masih meracik semangat....meruap dengan kebencian pada pihak berkuasa kampus yang membenarkan konsert M.Nasir....pihak keselamatan kampus menyuluh kamera untuk menggertak kami....pekikan takbir tidak pernah surut....kami tidak jera,jauh dari gentar.....kampus perlukan budaya ilmu,tempat mengasah intelektual....bukan sarang "sensate culture"....

"batal konsert....batal konsert..."

ratib kami beramai-ramai semakin menjadi-jadi pula....

TNC tercengat seperti Ketua Bahagian UMNO kalah pemilihan....masam mencuka...pegawai di kiri kanan menyedut rokok dalam-dalam....saya melantunkan doa wehdah,yang lain menyambut semangat,bulu roma menyerinding....teman dari UIA juga semakin galak....Azizi,Fuad,Allahyarham Engku Azri,Kamal Ali ,Ya dan ... (maaf saya terlupa nama lain)

kami memberikan masa kpd TNC untuk menghentikan konsert....

"apa perlunya konsert?"jerkah seorang pimpinan kampus pada TNC....
"kamu tak suka kamu balik...ada org yang suka"balas pengampu....
Booooooo..sorakan panjang anak-anak kampus....tanpa toleransi,malam itu kami nekad Perdana Siswa akan melakar sejarah....

akhirnya bantahan yang dramatik itu berakhir....M.Nasir dan artis lain dibawa keluar dari UM melalui pintu belakang....

"Allahu Akbar...bebas..bebas maksiat"laung kami beramai....riang seperti kerbau selepas mengawan....akhawwat menutup muka dgn purdah....konsert berjaya kami hentikan...

"student power!"jerit yang lain....ini sketsa anak kampus belasan tahun yang lepas....

potongan akhbar lama itu sangat nostalgik....terpandang saya gambar pimpinan kampus yang kini menjadi orang kuat UMNO Serdang,sebahagian besar aktivis dakwah kampus yang terakam gambar memilih menjadi "pemerhati" kepada arus gejolak dakwah...

Rosli "gemuk" yang kami tugaskan mengawal pondok Pak Guard kini seorang guru di Batu Pahat....dia bersiaga dengan mangga besi kelas A...

"Li, mu mangga pagar besar apabila nampak trak water cannon atau trak FRU"arah kami pd Rusli....dia mengganguk tolol....suruhlah apa sahaja,budak dari Setiu ini akan patuh....

Sketsa 1994 ini muncul diingatan saya apabila ruang maya ini disemangati oleh anak kampus tentang demo membantah konsert Adam Lambert.

"bukan baru dik...konsert Sudirman,Sheila Majid,juga bantahan terhadap artis luar negara...saya cabar kamu dik,buat bantahan,saya sudah merangkak umur...engkau lihat Ustaz Deris Ahmad, zamannya di kampus membantah Tina Turner"hasut saya pada teman kampus disamping geli hati melihat penampilan Ust Deris seperti 'kanak-kanak Ribena' (potongan rambut) semasa menghantar memo kepada Sabaruddin Chik....

aaaaaaah tidak cukup dengan nostalgia GAMIS...aaaaaaahhhh,jangan garang fi FB sahaja....

**********
Sketsa 2


1994,tapak padang UIA PJ

"jom kita kenduri malam ni" kata Zahir,anak muda asal kedah itu kepada kami....tatapan wajahnya kepada kami seolah panglima perang yang mengeluarkan arahan wajib....

"kat mana ek??" tanya yang lain dengan seribu keberahian....anak muda kail sejengkal ,tanah bukit akan kami galas....

"padang UIA....bantah konsert"tegas,kilatan matanya ada keterujaan seorang pimpinan "bawah tanah"....

"baik komrade!" bisik hati saya...

"kenduri lagi...tahun ini tahun membantah...tahun Ghazali Jaafar"

student power...penat Amir Ramadhan diserkap polis belum hilang lagi...

"buat persiapan...kita gi awal" kata Mat Yunus...

"nak buat sepanduk apa?" tanya Rusli dungu.

"tak payah,kawan-kawan UIA buat,Azizi uruskan" kata Zahir...

lambatnya mentari melabuhkan tirai,kami menunggu malam dengan membilang minit seperti menunggu untuk di akad nikah...

"pakai baju hijau (baju Tebal).."kata Hasan,merujuk baju yang dibeli pukal dari KB...

kami berkonvoi dari asrama APP....galak anak muda yang sarat dengan idealisme....langkah mayat kami untuk buat maksiat dikampus...

"Allahu Akbar" bersimpongan laungan takbir memulakan pacuan motor....hampir 50 org siswa UM, teman-teman di UIA sedang setia menunggu dalam salur darah,terasa listrik voltan kecil sedang mengalir...

dengan semangat yang membara jarak UM ke UIA PJ terasa sangat jauh....kami anak kampus sudah tidak sabar....di hadapan pintu masuk UIA,kerumunan warga UIA sangat jelas di Padang varsiti....kami memarkir motor bujang,bergerak perlahan-lahan sambil menelan air liur....

"gila universiti Islam mcm ni" bunyi suara Rosli...

"dah bila nak mula??"tanya Zahir kepada sahabat UIA....

"kami tunggu antum semua" jawab seorang teman....

kami merapat ke arah pentas yg sedang diamuk dendangan "lagu yg entah apa2".....

tiba-tiba meledak suara ratib yg melengking keras "lailahailallah..." 

sambut menyambut semakin deras,disalut semangat dan kelompok kami anak muda kampus yang gila itu semakin membesar....

"batal...batal...batal konsert...." laung demonstran beramai2....seorg pimpinan pelajar naik ke atas pentas,merampas pembesar suara dari penyanyi yang terpana seadanya dengan bantahan ala kamikaze itu....suasana panik....ada penonton beranjak ketepi....tidak kurang mula menjauh...

Polis mula menyerbu pentas,artis bertempiaran dan kawan saya itu yang merampas mikrofon melompat ke bawah pentas....wajahnya tersembam ke kawasan becak ....wajah yang terpalit dengan lumuran becak hitam itu sangat menggelikan hati....takbir terus beriringan,slogan terus melantun ke langit malam padang UIA....

tiba-tiba tangan saya dikilas dari belakang,seorang polis beruniform biru gelap mengeluarkan gari....

"apa ni encik??" saya bertanya tanpa sedar...di bawah benderang cahaya malam itu juga tanpa sedar saya meloloskan diri....berlaku adegan kejar mengejar....engkau tahu kawan...engkau tahu...

saya memecut,berdesut dalam cahaya...

"ride the live" kata Metallica....
"run for your live" kata Kumpulan Loudness dengan raungan gitar Akira Takasaki..
serban merah dan ketayap saya mengghaibkan diri...tanpa sedar,saya dan beberapa teman sudah berada di luar pagar UIA PJ...tangkapan terus berlangsung...saya dan "banduan" lain yang terlepas berjalan keletihan ke pintu masuk UM...

"sapa kena tangkap Li??" tanya saya pada Rusli...
"ntah,macam ramai yang kena malam ni...baso menat...." seranah Seli...

aaaahhh kita anak kampus sudah bersedia dengan carut marut kehidupan dalam belantara puaka politik...

"the young angry man....dia ditakluk oleh pemberani" teringat Antonio Gramci,engkau kenal dia kawan...aaah kenal tak akan kenal...

"no woman no cry" kata Bob Marley.....itu katamu teman.....sosok lelaki hebat dibelakangnya seorang serikandi yang menopang seluruh aktivismenya...panji perlawanan juga diarak oleh muslimah mujahidah....tak selamanya perempuan bersenjatakan airmata....

Ayuh bina generasi Khaulah,Nusaibah,Asma',Fatimah,Khadijah!!!

kerana aku lelaki yang bingung membaca paparan sedu sedan di ruang maya ini....

"heii,apa yg kau tangiskan kawan...dunia tak akan berakhir dgn kegagalan cinta..." 

sapu air matamu,turun ke jalanan membantah konsert "selera murahan" bersama rijjal-rijjal dakwah, namun masih dengan santun dan tertib pesonamu...

biar lelahmu diganjari pahala....murnikan niat dan wasilahmu bertepatan dengan Syarak....malam ini aku tutup dengan sebait doa buat mu teman....jgn lupa esok di Dataran itu sketsa 1994...

konsert di padang UIA itu terbatal dengan protes ala kamikaze....sah,besok akan menjadi tajuk berita dan akan disensasikan oleh media....anak-anak kampus UM tanpa perlu menunggu arahan berhimpun di Kedai Pak Amjal....engkau tahu teman,Pak Cik Amjal,sosok pejuang veteran itu paling rapat dengan aktivis pelajar dan pemuda...

kami berhimpun merayakan madu kehidupan seorang anak kampus,mencabar sistem....tiada istilah gentar dan takut....kerana dunia berubah kerana anak muda....pelajar-pelajar Universiti Peking seperti Li Ta Chao,Chen Tu Shui,Mao Tse Tung merakam di langit sejarah Peristiwa 4 Mei 1919.

Antonio Gramci,aktivis pelajar Universiti Turin memulakan gerakannya di kampus....

sah,keesokan kampus gempar....HEP tidak mengambil masa yang lama untuk menghukum pelajar yang terlibat dengan bukti daripada rakaman video polis dan rakaman RTM....beberapa orang aktivis disabit kesalahan....ada yang tidak dibenarkan mengambil skrol pada Hari Graduasi 1995, ada yg diberi amaran keras....

"mengapa kamu berdemo??" tanya pegawai HEP....luga...

"sebab aku berdemo,kerana aku MUSLIM" jawab seorang aktivis dengan bangga....ya kawan, engkau tahu anak kampus yang menjatuhkan Shah Iran dalam Revolusi Black Friday di Teheran, anak kampus yang mula bangkit mengobar panji Jihad di Afghanistan pada tahun 1979....Reformasi Indonesia marak dengan terbunuh 3 pelajar Universiti Trisakti pada 1998....

adik,kuceritakan pada mu ini,bukan ingin menayang kisah-kisah heroik zaman kami...bukan...aku ingin sampaikan padamu,jangan berdalih dengan AUKU dan seribu alasan yg dipersembah...

"bangkit dan melawan kemaksiatan" kerana yang ramai terjerumus ialah insan yg profil umur sepertimu....saya sudah tua untuk aktiviti memeriahkan jalan....ingat,

"dunia berubah kerana anak muda"

jerkahlah penguasa kampus saat kamu masih muda,berlarilah saat dikejar keparat keamanan bertopi merah,bersimbahlah dengan gas pemedih mata kerana ia akan menjadi kenangan paling manis 20 tahun akan datang...nah aku mencabarmu dik!!!

lihatlah dik....kerakusan kuasa,kolusi,hegemoni yang berlaku....mengapa dadamu sedingin ais....seperti ais kepal yang aku lahapi di bangku sekolah rendah....engkau mampu bertenang melihat koruptor silih berganti membohongi anak watan,berlabun bahawa ekonomi mencuat naik sedangkan FDI di tangga paling corot....

mana ilmu mu? atau engkau berdarah reptilia??

Dik,saat ruang engkau di kampus,berlarilah....biar tercungap lelah mengisi program....biar gas pemedih mata itu menjadi sajian hujung minggumu.....tidak cukup dengan engkau menggegar podium "mahasiswa adalah agen perubahan,check and balance" dan ribuan kata-kata muluk penyendal gegendang telinga....engkau tahu dik,aku benci pada orator kampus...mereka paling berpotensi berpaling tumit....

engkau boleh memilih mimpi apa....jalur hitam atau putih....malam ini konsert "selera murahan" itu, yang mencegah diganjar pahala....dan yang memilih untuk berhiruk pikik,banyak mana anak dara kita yang akan direnggus maruah di bilik hotel bajet....ramai mana pula anak teruna yang tertumpah nutfah merata-rata...engkau fikirkanlah teman-teman....

____________________

nota TTC:artikel ini adalah catatan penuh Ustaz Ridhuan Mohd Nor yang diambil dari status FB beliau yang mengisahkan tentang pengalaman dan jerit perih beliau dan rakan-rakan di saat berjuang menentang arus dan pembudayaan hedonisme satu ketika di kampus UM dahulu....tujuan utama aku menyiarkan artikel ini adalah untuk peringatan khas kepada diri aku dan rakan-rakan yang akan menerajui Program Intelek Gobalisasi 1M (INTEG) UKM tidak lama lagi...buat peneraju Karnival Islam INTEG iaitu Roslina,Rosilina,Faieza dan kesemua penyelaras program,beringatlah....jangan kita jadikan Karnival Islam itu dinodai dengan najis-najis hedonisme sebagaimana program-program lain yang berlansung di UKM....

yaa,aku cukup terasa dengan semangat yang diceritakan dalam artikel ini sementelah aku adalah orang yang bertanggungjawab membawa masuk teater muzikal dan konsert islami sebagai salah sebuah program utama Karnival Islam INTEG kelak....cukup bimbang jikalau aku dan rakan-rakan Majlis Tertinggi Karnival Islam gagal dalam menangani pembudayaan hedonisme dalam pelaksanaan program-program ini nanti....pohonku pada Tuhan agar diberi kekuatan kepada kami yang serba lemah ini agar segala program yang dirancang itu mampu memberi kredit kepada tersebarnya dakwah Islam ke seluruh perbukitan ilmu UKM terutamanya dan bukannya menjadi asbab kepada berleluasanya dosa kepada masyarakat UKM.....

ameenn....





ATA,
final exam dan program kena jalan serentak...

nak laptop free??
jom klik..


Monday, October 18, 2010

Does God Exists??

@kirbyrevo deviantart
tak mahu menulis panjang kerana tiada mood menulis sekarang cuma sekadar mahu berkongsi sedikit bahan yang aku kira amat baik untuk dijadikan persoalan kepada diri kita tentang konsep kewujudan tuhan...dan bagi aku,video ini amat baik untuk tontonan kanak-kanak atau ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka memahami tentang konsep wujudnya tuhan di dunia ini...

sangat digalakkan untuk menonton sekurang-kurangnya ia memberi peringatan kepada kita tentang hadirnya kuasa VITAL yang menjadi pusat pengawalan kepada seluruh alam ini...OK selamat menonton...



aku rasa tidak perlu lagi aku mengulas tentang video di atas kerana mesej dan cara penyampaiannya amat jelas....kredit buat Nayzak Deviantart untuk gambar dalam video di atas...

buat adik-adik yang baru nak belajar tentang konsep ketuhanan,video ini boleh membantu sedikit sebanyak untuk kita memahami apakah benar tuhan itu wujud atau sekadar fairytale sahaja....

tapi,kepada sesiapa yang mahu kefahaman yang lebih lagi tentang ilmu ketuhanan dan tauhid ini,sila rujuk dan belajar atau dalam bahasa ilmunya disebut "talaqqi" dengan mana-mana guru yang layak serta berkaliber dalam bidang keilmuan agama....nak tahu apa hukum belajar ilmu tauhid??

"awal-awal agama itu ialah mengenal tuhan"

pastilah hukumnya wajib bagi setiap yang mukallaf....kerana belajar ilmu tauhid ini adalah fardhu ain bagi setiap muslim....

so,ape lagi??


TTC:gambar itu kerana aku menghargai seninya...



ATA,
lain kali tak perlu tanya lagi soalan macam ni...

nak laptop free??
jom klik...


Bajet 2011 dan harapan Islam di Malaysia


mungkin inilah Bajet Malaysia yang terbaik mampu dihasilkan oleh PM Najib dan rakan-rakan sejawatnya....seperti komentar sahabatku tentang Bajet 2011 ini katanya,bukan tidak mahu bersyukur tapi....

yaa,"tapi" itulah yang menjadi persoalan di sini....

aku masih lagi boleh menaruhkan sedikit kepercayaan pada Bajet 2011 ini apabila mendengar antara strategi dalam menjayakan pelaksanaan Bajet 2011 ini iaitu membangunkan modal insan dan mensejahterakan hidup rakyat...nampak sangat baik tapi kami di bawah ini amat menanti-nantikan tundakan ke arah merealisasikan strategi tersebut...

sebenarnya,setiap kali pembentangan Bajet Belanjawan Malaysia tidak kira apa tahun sekalipun,hati kecil aku meminta agar bajet dan peruntukan yang sewajarnya kepada pembangunan kerohanian dan pemantapan sahsiah kepemudaan Malaysia dapat disalurkan...namun,dalam Bajet 2011 ini sekali lagi hati kedcil aku dikecewakan oleh barisan pentadbiran Malaysia...

hari ini,kita menyaksikan Malaysia telah dijangkiti dengan wabak penyakit sosial yang begitu parah sehinggakan ada sesetengah orang mengatakan keadaan sosial di Malaysia seakan menyamai keadaan sosial di negara-negara barat...mungkin benar dan mungkin juga salah tapi aku pun berpendapat sedemikian kerana menyaksikan kadar kelahiran anak luar nikah yang berdaftar sahaja sudah cukup membuatkan kita terbeliak biji mata...maka,dari situ kita sudah dapat mengagak tahap krtitikal penyakit sosial di Malaysia...

jadi,bila melihat situasi dan kondisi ini aku amat berharap jika kerajaan mampu menyediakan sesuatu dalam mengatasi masalah ini terutamanya....kerana tanpa adanya bekalan modal insan yang mencukupi,manakan mungkin  Wawasan 2020 dan cetusan transformasi negara dapat dijalankan....oleh itu,sudah pasti tindakan untuk mengatasi masalah ini perlu diambil dan dipandang seruis oleh kerajaan....

namun,sekali lagi kerajaan pimpinan Najib mengecewakan aku apabila hasil pembentangan Bajet 2011 sama sekali tidak mesra kepada proses pemulihan modal insan dan pembangunan kerohanian masyarakat tidak kira di peringkat mana umur mereka....jom kita usha beberapa pembaziran sumber duit dalam Bajet 2011 kali ini:

  • RM111 juta untuk pembangunan Projek Permata Pintar
  • RM5 billion untuk projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan Menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia
  • RM85 juta untuk pembinaan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman
  • RM50 juta untuk pembinaan laluan pejalan kaki di lingkaran KLCC ke Bukit Bintan 
  • dan pelbagai lagi duit ke arah pembangunan material dan kroni
cuba bandingkan dengan bajet yang disediakan untuk pembangunan pendidikan,modal insan dan kerohanian negara:
  • RM20 juta untuk menambah peratusan akademik berkelulusan PHD
  • RM70 juta untuk program yang melibatkan NGO terpilih bagi mengatasi kes rempit,pembungan bayi,gangsterisme
  • RM95 juta untuk bantuan perkapita Sekolah Agama Rakyat (SAR)
dan beberapa lagi peruntukan ke arah melahirkan masyarakat yang teguh pendidikan dan bekalan modal insan yang mapan namun point utama aku di sisni ialah kenapa skala duit yang ditetapkan diantara senarai bajet di atas dan di bawah begitu ketara sedangkan dua strategi utama yang diumumkan oleh Najb bagi menjayakan Bajet 2011 ini ialah membangunkan modal insan dan mensejahterakan hidup rakyat....

hal inilah yang menjadi persoalan terbesar dalam benak pemikiran aku selaku salah seorang warga Malaysia yang merdeka dan bebas berfikir....aku bersetuju dengan kata-kata seorang sahabat aku,Fariq betapa Bajet 2011 ini masih lagi gagal dalam membantu Malaysia ke arah memperkasakan pendidikan ke seluruh peringkat umur dan menjadi teras kekuatan kepada lahirnya warga negara yang dinamik,berakhlak dan fleksibel...

aku tidak menafikan jika sahabat-sahabat mengatakan aku "bias" dalam mengutarakan pendapat kerana aku tidak dapat lari daripada membicarakan dalam konteks sebegini dan aku lebih suka meminjam kata-kata Fariq betapa kerajaan harus lebih fokus pada TERAS utama pembangunan yang masyarakat Malaysia mahukan...realiti masyarakat Malaysia yang makin tenat dengan masalah sosial dan kemarau pendidikan yang matang tidak kira dalam aspek mana sekalipun...bukannya dengan membuang sebegitu banyak peruntukan wang negara ke arah perkara yang memungkinkan memberi keuntungan kepada mereka-mereka yang tertentu dan mengabaikan golongan yang terpencil....

maka,sekali lagi dalam pembentangan Bajet 2011 ini aku tidak nampak usaha kerajaan ke arah memperkasakan Islam yang dimaktubkan sebagai agama rasmi negara dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia....mungkin aku sendiri yang buta dalam menilai erti pembangunan material sehingga aku gagal menemui kebaikan-kebaikan dalam peruntukan bernilai ratusan juta yang mampu memperkasakan kerohanian dan modal insan masyarakat.....

mungkin....

bukan apa aku menulis sebegini kecuali kerana aku kasihan pada masyarakat yang berada di luar Kompleks Seri Perdana,Putrajaya....

aku nampak selepas ini "Islam" di Malaysia terpaksa memakai tabung bantuan oksigen....




ATA,
berdoa agar inilah yang terakhir dari Najib....

nak laptop free??
jom klik...


Sunday, October 17, 2010

Welcome to Time To Change Official Channel

Alhamdulillah, to have my own Youtube channel is not the utmost thing but it is enough to make me feel I'm gonna use all Internet application to voice my opinion, to share everything that I have.

It's not easy at Malaysia to see fair-play media. Absolutely there's always have untrue story about the opposition side compare to government side. This is normal for the country like Malaysia. The peoples is easily being cheated by media because they know, Malaysian just know to accept without thinking.

So, I hope this Youtube will boost me to help the hope of CHANGE will become more vigorously in this land. Guys, please take a look here, Time To Change Channel.

ATA

Friday, October 15, 2010

BAD 2010: Sparking HOPES for Palestinians in Gaza


Today,15th October 2010 was published in Change.org on Blog Action Day 2010 with the theme of WATER to discuss an issue nowadays sweeping across the entire world that is WATER CRISIS...this campaign was contributed among the bloggers community all around the world....first of all,i really like to congratulate and wishing a pleasure for all the admin of Change.org because their hardworking and dedication to gather all the blogger in the same aim and objective that is to spread out all over the world on certain issues and educated them....

the issue on WATER is the most important issues that all the people should think about and take it seriously by each person to ensure the survival of human beings on this earth....

but,even Change.org has fixed a certain point to be write on and discuss about water,i have my own opinion and information to share with all my friends about one of the most critical issue that caused death to among Palestinians in Gaza that related to our main point....

according to Tuan Azman,one of Malaysia's volunteer in Life Line 4 Gaza Convoy a month ago which their ship,Mavi Marvara was attacked by Israel in International Sea area said,it almost 100% of clean water sources in Gaza was highly pollute by Israel with the huge amount of nitrate and chloride....nitrate is one of the most dangerous poison which it is odourless,colourless and no taste anymore...it was called as Silent Killer...Tuan Azman tell his experience when he was on a trip to Gaza,they feel too hot and uncomfortable when they try to wash their face using the water in Gaza Strip caused by high content of nitrate on the water...he tell this when he deliver a talk on program of LL4G:End of Siege at The National University of Malaysia two weeks ago....

Electronicintifada.net tell,the level of nitrate in water at Gaza was seven times higher than International Safety Standard of World Health Organization (WHO)....this fact is clearly describes the nature of Israel as the trouble maker in Gaza Strip when they pretend to abuse the human rights of Palestinians just because they want to take over a pieces of land that forbidden to them.....

as you know,thousands of Palestinian children are prevented from enjoying a normal life as the other child in the world and be forced to use a poisoned water or they will die....they have no choice either use the poison water or waiting to death...according to Tuan Azman,everyday in Gaza should have a death occur only because the water poisonous....

not only the water source on the dry land was poisoned,but Israel also poisoned the entire beach coast and sea of Gaza with the higher amount of nitrate and chloride...even though they really well know that the ocean is the "life" for all Palestinians,but they still continue to act without regard to brutal lives of thousand Palestinian children that playing on the beach every day....

a very touching slogan,"Without The Sea There Is No Gaza" was created to expressed the soul of Palestinians in Gaza....it also the slogan for all the free human entire the world to think again about them....when i go through to this issue and want to synchronize with the objective of BAD 2010 i was really want call on my friends together to think about the fate of Palestinians,if it is going to be like that forever??

a big question come out my mind,are they,Palestinians will continue their survival every day if they had been poisoned every time and also the next and next and next time again???

now,i look forward to this little articles about the biggest crisis faced by Palestinians through Blogger Action Day 2010:WATER can help us to open our eyes that THEY are really really need an assistance and pray from us to save their life...

(English Version)
_________________

Hari ini,15 Oktober 2010 telah diumumkan dalam Change.org tentang Blog Action Day 2010 yang bertemakan WATER bagi membincang sebuah isu yang kini melanda seluruh warga dunia berkenaan krisis WATER dalam kalangan komuniti blogger....sebuah isu yang aku kira patut diambil serius oleh setiap orang yanag bernama manusia demi menjamin kelansungan kemandirian makhluk di muka bumi ini....

namun,dalam mengupas tema yang telah ditetapkan oleh Change.org,aku ingin membawa semua pembaca TTC tentang sebuah isu kritikal yang telah melanda seluruh penduduk Palestin di Semenanjung Gaza yang berkaitan dengan air....

menurut Tuan Azman,salah seorang sukarelawan Malaysia dalam Life Line 4 Gaza beberapa bulan yang lepas di mana kapal mereka,Mavi Marvara telah diserang oleh Israel di perairan Laut Antarabangsa,hampir 100%
sumber air bersih di Gaza telah diracun dengan kadar racun yang tinggi oleh Israel laknatullah sejak sekian lama....mereka telah meracun sumber air bersih di Gaza dengan nitrate,sejenis racun yang cukup bahaya yang tidak berbau,tiada warna dan tiada rasa....menurut Tuan Azman,hasil daripada kandungan nitrate yang begitu tinggi telah menyebabkan mereka akan merasakan kepanasan dan bahang yang melampau ketika menggunakan air di seluruh Gaza untuk membasuh muka....pengalaman ini telah diceritakan oleh Tuan Azman dalam satu program Haluan Siswa di Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu LL4G:End of Siege.....

menurut Electronicintifada.net,kadar keracunan sumber air bersih di Gaza hasil daripada kandungan nitrate adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding Standard Keselamatan Antarabangsa Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO).....hal ini jelas telah menggambarkan keperibadian Israel yang lansung tidak menghiraukan tentang hak asasi penduduk Gaza semata-mata mahu memperolehi secebis tanah yang haram buat mereka itu....

ribuan kanak-kanak Palestin yang terkepung daripada menikmati kehidupan secara normal terpaksa mengunakan dan menjadikan sumber air yang diracun ini kerana mereka tiada pilihan lain kecuali mati....secara faktanya,pengambilan racun Nitrate secara berterusan akan mengurangkan bekalan oksigen kepada tisu badan yang penting seperti otak....dan kesan ini akan menyebabkan kerosakan pada otak dan menyebabkan kematian berlaku....Tuan Azman turut memberitahu,hampir setiap hari akan berlakunya kematian dalam kalangan warga Palestin disebabkan keracunan air yang melampau....

bukan sumber air bersih di daratan Gaza sahaja telah diracun,akan tetapi Israel turut meracun seluruh kawasan pantai dan laut di perairan Gaza dengan kandungan nitrate dan kloride yang begitu tinggi....walaupun mereka yang melakukan perkara ini tahu betapa laut itu adalah kehidupan buat seluruh penduduk Palestin  namun mereka masih lagi meneruskan perbuatan kejam itu tanpa menghiraukan nyawa ribuan kanak-kanak Palestin yang bermain di pantai setiap hari....

slogan,"Tanpa Laut Tiadalah Gaza " tercipta apabila itulah suasana yang telah menghidupkan jiwa-jiwa penduduk Gaza terutamanya....bersesuaian dengan tema WATER untuk BAD 2010,aku menyeru pada sahabat-sahabat untuk kita sama-sama memikirkan apakah nasib mereka yang berada di bumi Palestin itu jika hal ini berterusan sekian lama lagi??

persoalan,masih mampukan komuniti manusia di Gaza meneruskan kemandirian mereka jika setiap hari mereka terpaksa minum air yang telah diracuni??

kini,aku amat mengharapkan agar penulisan kecil ini mengenai masalah terbesar yang dihadapi oleh penduduk Gaza melalui Blog Action Day 2010:WATER dapat membuka mata kita semua betapa mereka di sana amat-amat memerlukan bantuan dan talian hayat daripada kita yang serba sempurna ini....

(Malay Version)
__________________________

i was really hope if BAD 2010 will become a sparking hopes for Palestinians to continue their survival on the Land of Hope,Palestine and all the bloggers know the fact on this critical issues then will spread out all over the world....i put the title like this because this is also my main target why i am here as a blogger....

this is only the small contribution from me as one of those who loves to see Palestinians will free and peace forever....i do hope that this articles will successful to sent my pray and love to all Palestinians in Gaza,West Bank and everywhere in Palestine....

and i write this in two version, English and Malay because i know many of my readers is come from Malaysia but i want this articles also can be understand if non-Malay read this....

lastly,if you guys want to share this article,i was really glad and thanks a lot to you....



ATA,
this is a hopes for Palestinians

Stop 114A Campaign