Sebenarnya saya terharu dengan keprihatinan Hassan Ali terhadap PAS dengan menggesa parti tersebut diberi peluang oleh Pakatan Rakyat untuk melantik Menteri Besar Selangor dalam kalangan ADUN PAS. Apa tidaknya, selama ini Hassan Ali sudah hampir setahun lamanya berkempen bahawa PAS itu sebuah parti yang rosak dan seleweng pejuangannnya tetiba hari ini dia dengan penuh rasa bertanggungjawab menasihatkan Pakatan sebegitu.
Selepas menghujani PAS dengan pelbagai gelaran dan kecaman, saya mengagak Hassan Ali akan tetap berprinsip bahawa PAS tidak boleh menjadi pemimpin utama mana-mana negeri. Hari ini dia melakukan U-Turn?
Kembali yakin kepada perjuangan PAS kah?
Atau punya sebarang impian tersembunyi?
Saya agak, beliau masih belum dapat melupakan kempunan untuk menjadi MB Selangor penggal yang lepas. Itulah, JATI sepatutnya menjadi seberani ISMA dengan menghantar calon muslim berwibawa dan sudah tentu Hassan Ali terlebih wibawa untuk mencalonkan diri sendiri.
Kasihan juga pada Hassan Ali, segala usahanya tidak berjaya menarik perhatian Najib berbanding rakan sejiwanya, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin walaupun mereka berdua telah dikalahkan dengan teruk oleh rakyat!
Mungkin mengingatkan bahawa dia dulu pernah bercita-cita menjadi MB Selangor tetapi tidak kesampaian, saya mencadangkan agar Selangor sudi memberi peluang kepada Hassan Ali merasai bagaimana menjadi MB Selangor untuk sehari. Bak kata orang, apa salahnya?
Mungkin dengan cara itu dia akan berhenti merapu tidak tentu arah. Sekurangnya sudah dipenuhi hajat lamanya yang dipendam.
#ApaLagiCinaMahu
Tuesday, May 07, 2013
Thursday, May 02, 2013
Tidak malukah Najib dengan mandat penuh dari Bangla?
Hal ini sangat menghairankan. Tidak malukah Najib dan BN mengharapkan mereka memenangi PRU-13 ini dengan mandat penuh dari pekerja Bangla dan Indon?
Bukti terpampang di depan mata. Rasanya sudah ratusan malah mungkin mencecah ribuan laporan polis sudah dibuat tetapi semua tahu SPR itu saling tak tumpah umpama sayap kanan utama kepada BN. Itu belum dikira dengan isu dakwat kekal kuasa lagi!
Kalau benar sekalipun inginkan kuasa selepas PRU-13, janganlah memalukan diri sendiri dan menjatuhkan maruah!
Ini bukan sahaja melibatkan diri Najib tetapi maruah, kedaulatan dan identiti Malaysia!
Di mana maruah anda wahai Najib sehingga sanggup menggunakan strategi yang begitu menjijikkan ini?
Alangkah tidak malunya Najib dan BN terus menerus menipu rakyat kononya mendapat sokongan penuh padahal hanya Bnagla dan Indon sahaja sudi memberi sokongan padu, itupun hanya kerana ditawarkan IC!
Jika ada istilah lain selain penderhaka, maka inilah penderhaka-penderhaka utama dan pengkhianat besar kepada Malaysia.
Isu Najib tidak ada maruah menggunakan pengundi Bangla dan Indon ini satu hal, yang lagi parah ada pihak terutamanya "sepakat" dan puak-puak rausyanfikir tidak pula mempersoalkan tentang perkara ini. Mereka cuma tahu isu Kristianisasi dan perkauman siang dan malam. Konspirasi tidak ada penghujungnya. Perkara utama dibuat tidak nampak, yang sering dihujahkan adalah hal-hal yang lansung tiada asas!
Bayangkan, Zul Nordin dengan over confident boleh mengatakan dia adalah ahli parlimen Shah Alam selepas 5 Mei walau apapun yang terjadi. Di mana dia ini mendapat motivasi sehinggakan begitu yakin mengalahkan Tuhan?
Saya berharap dan berdoa dia masih merasa malu jika memenangi kerusi Shah Alam dengan mandat penuh dari mat Bangla dan Indon!
Musim pilihanraya ini cukup tipikal dengan segolongan manusia yang masih DANGKAL dengan realiti semasa. Saya kira hanya dengan perubahan kali ini sahajalah mampu membuka mata mereka dan memaksa mereka celik dengan isu sebenar.
Inilah masanya untuk UBAH!
Ini kalilah!
Tuesday, April 30, 2013
Kalau Anwar boleh jadi pelakon video lucah
Hari ini beberapa orang teman di Facebook menyebarkan sebuah video kononya sebuah gereja di Jerusalem sedang merestui dan menitahkan sesuatu bagi menguasai Malaysia dan menukarkannya menjadi sebuah negara Kristian dengan mengambil peluang perubahan yang bakal berlaku dalam PRU-13 nanti.
Bayangkan, video yang terpekik-pekik, dengan kemunculan 2-3 orang watak umpama Evangelist yang menyeru itu dan ini, bertanyakan soalan itu dan ini telah disebarkan secara galak oleh teman-teman "sepakat" dan beberapa orang rausyanfikir Facebook yang sering mendamba merekalah ulama segala waqi'iyyah!
Saya merasa, jika saya meletakkan video itu di sini secara sengaja saya telah menjatuhkan martabat saya umpama pembuat-pembuat video lucah Anwar Ibrahim. Jika mereka yang menyebarkan video ini sering bertanyakan apa substance kepada berita dan manifesto Pakatan Rakyat, maka saya bertanyakan soalan yang sama, di mana substance video tersebut?
Jikalau Anwar pun boleh menjadi pelakon video lucah bukan hanya untuk satu siri, bahkan bersiri-siri lagi, apalah sangat nak dibandingkan dengan video kononnya Evangelist Jerusalem itu?
Jika selama ini puak ini sering sangat mempersoalkan keabsahan setiap berita yang disebarkan, buktikan keabsahan gereja tersebut mengeluarkan video tersebut secara rasmi. Sila lakukan printscreen pada laman sesawang gereja dan pergerakan tersebut dan jika bimbang sangat, sila buat laporan polis!
Jangan memperbodohkan diri sendiri wahai rausyanfikir Facebook!
Jika Najib dan BN sanggup membayar berjuta-juta kepada penulis di USA bagi memburukkan Anwar Ibrahim, kenapa tidak boleh untuk membuat bayaran yang sama bagi menghasilkan video bodoh itu dengan jalan cerita yang boleh direka dengan begitu mudah?
Jika Najib dan BN sanggup menghabiskan berjuta-juta untuk mengiklankan manifesto ciplak menggunakan segenap penjuru Google Ads, masakan mereka tidak mampu membayar piahk lain untuk membuat cerita bodoh begini?
Kenapa dengan hasad dan prejudis kalian kepada DAP menjadikan kalian tidak ubah seperti keldai dicucuk hidung?
Apakah kalian ingat dengan permainan begini, rakyat tidak akan dapat menilai dan meneliti gaya permainan anda yang mahu memerangkap DAP dan Pakatan dalam kancah kebencian agama dan sentimen keagamaan yang nyata begitu sempit dan penuh kebodohan?
Tolonglah rakan-rakan pembaca, jadilah bijak sedikit untuk seminggu ini. Janganlah mudah terperangkap dengan permainan ini. Ingatlah bagaimana rupa dan gaya Tun Mahathir, Chua Soi Lek, JATI dan PERKASA berkempen untuk BN pada PRU-13 ini. Adakah mereka mempunyai modal lagi selain isu perkauaman dan keagamaan?
Inilah masanya, jika Tun Mahathir mencabar DAP untuk mengheret dia ke penjara maka inilah masanya yang tepat. Nyata dia ini lansung tidak pernah insaf dengan segala kejahatan yang dia lakukan sepanjang dia memerintah dan selepas memerintah pun!
Humbankan mereka semua ini kepada pengajaran untuk seumur hidup. Jnagan biarkan BN terus berkuasa selepas PRU-13 jika kita benar mahu melihat Malaysia berubah dan menggapai cita-cita murninya selama ini.
Jika tidak sekarang bila lagi?

Monday, April 29, 2013
Tiada beza Norman KRU dan Muhyiddin Yassin
Tindakan Norman KRU dan artis-artis lain mencelah dalam arus politik menjelang PRU-13 ini wajar dipuji. Sekurangnya kita nampak partisipasi dan ketercaknaan mereka juga dalam sepak terajang politik sekarang. Percubaan Noman itu bagus, idea nya ada tetapi agak bodoh apabila kenyataan beliau jelas menunjukkan belau sendiri gagal dalam berfikir dan menilai secara berasas.
Kenyataan penuh prejudis itu dapat dielakkan jika beliau rajin sedikit membuat homework berkenaan PAS dan Pakatan. Bukannya tiada sumber maklumat untuk dibandingkan di dalam internet bagi membuat kenyataan ringkas dalam Twitter yang tidak lebih 140 abjad itu.
Timbul persoalan, dari sumber mana yang beliau katakan bahawa PAS akan menghancurkan industri seni di Malaysia?
Atau beliau sendiri sebelum ini pernah menjadi mangsa kekejaman PAS dan Pakatan apabila berurusan di negeri-negeri kerajaan Pakatan dalam hal kesenian?
Jika ada elok beliau kemukakan bukti tersebut yang betul-betul menunjukkan bahawa PAS bakal menjadi penghancur industri seni negara ini. Jika tidak, Norman KRU ini tidak ubah seperti budak-budak baru nak belajar politik. Semalam saya ada membaca luahan 2-3 orang rakyat Malaysia di laman Twitter dan mereka semua ini adalah pelajar sekolah menengah di sekitar Kuala Lumpur.
Semuanya membuat status mirip Norman KRU antaranya tidak akan memberi undi kepada PAS selama-lamanya kerana parti itu akan mengharamkan acara tari menari dan parti jika berpeluang untuk mengundi kelak. Saya membaca status sebegini sambil tergelak.
Dari satu sudut saya memuji langkah mereka untuk cakna dengan politik negara, bermakna mereka tahu politik itu akan mengambil ruang yang besar dalam kehidupan mereka dan akan mempengaruhi segenap polisi negara selama ini. Bagus cuma mreka perlu mengkaji dan berfikir sedikit supaya dapat membuat pertimbangan yang adil dan tidak prejudis sepertimana Norman KRU.
Ada yang berkata bahawa, biarkanlah Norman KRU menulis sebegitu kerana kita negara demokrasi. Beliau bebas untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu dan kalian tiada hak untuk menafikan kata-kata beliau. Benar, memang negara kita menjamin kebebasan bersuara tetapi yang menentukan samada kita bijak atau tidak ialah cara dan strategi untuk bersuara. Jika tidak anda kelihatan tidak ubah seperti BBNU!
Ada orang cakap, jika bodoh jangan nampakkan kebodohan itu kepada orang lain. Saya tidak mahu troll kenyataan Norman KRU cuma sedikit terkilan apabila beliau sengaja membuat kenyataan yang prejudis sedangkan jika benar beliau mahu menunjukkan sokongan kepada BN - dan ini tidak pernah salah dari sudut perlembagaan - buatlah suatu yang bijak sedikit dari itu.
Saya yakin orang tidak marah kerana dia menyokong BN tetapi orang ramai marah pada kenyataan beliau yang begitu menampakkan kebodohan dirinya itu.
Kenapa saya katakan Norman KRU dan Muhyiddin Yassin ini tiada beza antara mereka?
Masihkan kalian ingat siapakah orang kuat UMNO yang mula-mula membuat kenyataan bahawa Pakatan akan mencetuskan kekacauan dan pergolakan jika keputusan PRU-13 nanti tidak memihak kepada mereka? Perbetulkan jika saya salah, Tan Sri inilah yang memandai membuat kenyataan sebegitu.
Muhyiddin, PAS dan DAP terutamanya sudah 12 kali tewas dalam pilihanraya sejak merdeka. Pernah wujudkan dalam mana-mana simpanan rekod PDRM yang menunjukkan rusuhan telah dicetuskan oleh kedua parti ini setelah diumumkan kekalahan oleh SPR?
Kenyataan ini bukan lagi disifatkan prejudis tetapi bodoh yang berguni-guni. Lagi sedih apabila mengingatkan tuan badan yang mengeluarkan kenyataan itu merupakan orang nombor 2 di Malaysia. Alangkah jauhnya beza jika nak dibuat perbandingan ranking kebijaksanaan antara semua Timbalan Perdana Menteri atau Timbalan Presiden seluruh dunia, agaknya di manakah kedudukan Muhyiddin?
Kalau ada pihak yang cuba mengaitkan Tragedi 13 Mei itu sebagai contoh kepada kenyataan Muhyiddin, sila bagi penampar 44 kali sebelum menjawab persoalan mereka.
Tuntasnya di sini, bersuara itu tidak salah. Menyatakan pendirian untuk menyokong parti mana pun lansung tidak salah. Tetapi buatlah dalam keadaan bijak dan penuh hikmah. Saya yakin orang tidak marah anda sokong siapa tetapi orang akan marah jika anda cuba memperbodohkan diri sendiri. Sekarang siapa susah, kerana sudah tentu saya yakin akibat kenyataan bodoh ini maka KRU sudah tentu tidak akan berani mengumumkan sebarang siaran atau pengiklanan filem terbaru mereka pada masa yang terdekat.
Saya yakin hal sebegini boleh diubah jika rakyat diberi peluang untuk memahami konteks politik dengan cara yang betul. Mudahnya ialah kita perlukan sistem pendidikan politik yang mematangkan rakyat bermula sejak kecil lagi. Oleh itu besar harapan saya agar manifsto Pakata untuk mengkaji sistem pendidikan negara tidak akan melupai aspek penting ini.
Jika anda mahu hasrat dan cita-cita ini terlaksana, ini kali lah!

Skandal BNM: Tidak hairan kenapa Tun Mahathir bimbang Pakatan memenangi PRU-13
Saya membaca dan menelaah perkongsian yang dibuat oleh Saudara Hasbie Muda dalam lama Facebook miliknya berkenaan skandal Bank Negara Malaysia (BNM) yang bermula awal 90-an sehingga menjadi penyebab kepada kerugian harta negara dalam nilai yang tidak masuk akal.
Sila klik di sini untuk membaca pendedahan pengkhianatan amanah yang mereka di peringkat tertinggi negara ketika itu telah lakukan.
Secara jujurnya, membaca artikel yang penuh dengan istilah dan frasa ekonomi seperti pencairan aset, spekulasi dan sebagainya memerlukan double effort dengan merajinkan diri mencari makna dan dan definisi istiliah-istilah tersebut bagi betul-betul memahami point yang cuba disampaikan oleh penulis.
Pasca PRU-13 ini, berdasarkan artikel tersebut kita akan dapat menjangkakan pemain-pemain utama yang menyebabkan harta negara telah dijadikan duit sendiri akan kegelisahan dan tidak mustahil akan mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia. Antaranya adalah Tun Mahathir sendiri. Sekarang beliau rancak dan begitu bertenaga membantu BN berkempen dengan kempen yang begitu jijik yang pernah dicatatkan dalam kamus politiknya.
Mungkin itu sahaja modal yang beliau ada sekarang demi menyelamatkan diri kelak dan mengelakkan Pakatan mengambil alih Putrajaya. Bayangkan, jika sekarang dia tidak menggunakan sentimen dan modal perkauman maka itu bukan gaya kempen Tun Mahathir.
Pengikut bawahan beliau yang turut menjadi tukang angguk dan masih lagi hidup ketika ini, harus juga merasa bimbang yang sama. Tidak lain, kerana individu-individu yang menyanggah perbuatan keji mereka ketika skandal ini hangat diperkatakan amsih lagi segar dan terus berjuang untuk menuntut keadilan ini dapat ditegakkan iaitu Saudara Lim Kit Siang sendiri.
Dalam artikel Hasbie Muda, jelas kita dapat menyaksikan bagaimana LKS berperanan menekan kerajaan bagi memulihkan semula BNM dan mengheret pengkhianat negara yang terlibat dalam skandal tersebut. Kini, LKS berpeluang besar untuk mengemukakan semula (revisit) kepada Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya Diraja bag tujuan penyiasatan yang menyeluruh seterusnya menghumban mereka yang terlibat ke dalam penjara.
Mungkin nasib Tun Mahathir sedikit baik kerana Anwar dan LKS sudah berjanji tidak akan mengheret beliau ke penjara biarpun jika benar disabitkan kesalahan kelak kerana menghormati umurnya yang sudah begitu lanjut. Namun begitu, keadilan wajib ditegakkan!
Tun Mahathir dan rakan-rakan beliau secara terang berperanan dalam hal ini. Mahu tidak mahu mereka perlu menyerahkan semula harta negara yang telah dibolot sepanjang mereka berkuasa. Jika ada yang bertanyakan apakah saat yang saya tunggu selepas PRU-13 sudah tentu saat mahkamah memutuskan siapa sebenarnya pengkhianat dan dalang utama kepada kehancuran ekonomi Malaysia sedekad yang lalu.
PRU-13 ini lah masanya untuk kita menyaksikan adegan menarik ini akan berlaku. Jika tidak sekarang bila lagi?
Ini kali lah!

Subscribe to:
Posts (Atom)